awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di tiga negeri kekal 980 orang pagi ini - NADMA

Bernama
Bernama
29/01/2024
01:30 MYT
Mangsa banjir di tiga negeri kekal 980 orang pagi ini - NADMA
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 923 mangsa daripada 275 keluarga di Terengganu masih ditempatkan di tujuh PPS di Dungun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor kekal 980 orang di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 923 mangsa daripada 275 keluarga di Terengganu masih ditempatkan di tujuh PPS di Dungun.
Di Johor dan Pahang, jumlah mangsa juga tidak berubah iaitu masing-masing 29 orang ditempatkan di sebuah PPS di Kota Tinggi dan 28 orang berada di dua PPS di Rompin.
Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya.
Antara sungai terlibat ialah Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Golok di Pasir Mas (Kelantan), Sungai Rompin dan Sungai Pahang (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah), Sungai Klang di Petaling (Selangor), Sungai Dungun dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).
NADMA turut memaklumkan 25 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak, jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Raya Timur Barat Hulu Perak, Perak; Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor; dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu. - BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan