awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DeepSeek v4 bakal beroperasi guna cip Huawei
Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, pegawai ditempat di JPN Perlis
Anak Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maruah, kepentingan nasional jadi asas keputusan perang - Presiden Iran

Bernama
Bernama
31/03/2026
04:15 MYT
Maruah, kepentingan nasional jadi asas keputusan perang - Presiden Iran
Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa sebarang keputusan untuk menamatkan peperangan hanya akan dibuat dalam rangka kerja maruah, keselamatan, serta kepentingan nasional negara itu. - Gambar fail
Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Isnin menegaskan bahawa sebarang keputusan untuk menamatkan peperangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel hanya akan dibuat dalam rangka kerja maruah, keselamatan, serta kepentingan nasional negara itu, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Kenyataan itu menyusul ketika beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet yang dihadiri ahli-ahli kerajaan bagi menyemak situasi semasa negara di bawah keadaan luar biasa waktu peperangan.
Mesyuarat berkenaan meneliti aspek bekalan keperluan awam, status barangan asasi, serta langkah-langkah yang telah diambil oleh badan eksekutif, perkhidmatan, bantuan, dan kementerian berkaitan.
Ahli kabinet turut membentangkan laporan mengenai aturan yang dibuat bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan awam, mengekalkan rantaian bekalan barangan keperluan, menjaga ketenteraman awam, serta memperkukuh kesediaan eksekutif dalam pelbagai sektor.
Selain itu, laporan penuh mengenai aktiviti harian lima kumpulan kerja khusus turut dibentangkan, merangkumi sektor budaya dan media, infrastruktur dan pengeluaran, ekonomi, sara hidup, serta hal ehwal sosiopolitik.
-- BERNAMA-MNA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
#Presiden Iran
#Masoud Pezeshkian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan