awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial - Teo

Astro AWANI
Astro AWANI
07/03/2026
11:43 MYT
MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata MCMC ketika ini telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah bersesuaian. - Foto BERNAMA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti pelbagai kaedah pengesahan umur sebelum pelaksanaan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dikuatkuasakan pada suku kedua tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata MCMC ketika ini telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah bersesuaian.
Beliau berkata proses berkenaan dijalankan bersama dengan platform media sosial terlibat melalui regulatory sandbox atau medan uji.
"Di Malaysia kita memang ada (kaedah pengesahan umur seperti) kad pengenalan, pasport serta MyDigital ID.
"Tetapi, pada masa sama, MCMC turut terbuka untuk menerima atau mempertimbangkan kaedah lain untuk pengesahan umur," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Serahan Sumbangan Masjid dan Surau Parlimen Kulai Sempena Ramadan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung perkara itu.
Kerajaan dilaporkan menyasarkan setiap platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026, bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.
Sementara Indonesia bakal menjadi negara bukan Barat pertama yang melarang akses kepada platform digital berisiko tinggi bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bermula pada 28 Mac ini.
Terdahulu, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata sebanyak RM93,000 peruntukan sumbangan disalurkan kepada 30 masjid dan 57 surau di kawasannya bersempena dengan Ramadan tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#media sosial
#Teo Nie Ching
#had umur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan