awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanisme sistem subsidi bahan bakar bersasar adalah penyelesaian holistik - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
12/07/2022
08:26 MYT
Mekanisme sistem subsidi bahan bakar bersasar adalah penyelesaian holistik - Tengku Zafrul
Kerajaan menganggarkan subsidi untuk tahun ini mencecah RM77.7 bilion bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata mekanisme untuk sistem subsidi bahan api bersasar akan menjadi penyelesaian holistik untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
Kerajaan sedang dalam proses memilih mekanisme itu dan akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi, kata Tengku Zafrul.
"Ia dalam proses...kami mahu memberi pilihan kepada orang ramai mengenai platform yang digunakan supaya golongan B40 dan M40 turut mendapat manfaat," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kemudahan Insurans i-Lindung dan Takaful Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini hari ini.
Beliau berkata kredibiliti dan keyakinan adalah penting dalam melaksanakan sistem tersebut kerana ia akan menjadi langkah utama yang meliputi seluruh negara, ia juga pada masa yang sama akan memberikan penjimatan terutamanya daripada golongan T20.
"Pelaksanaannya bergantung kepada kabinet dan perdana menteri. Kementerian akan memastikan mempunyai penyelesaian yang betul dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
"Jika sistem ini berjaya...lebih cepat, ia adalah lebih baik," katanya.
Sebelum ini, kerajaan menganggarkan subsidi untuk tahun ini mencecah RM77.7 bilion bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi bahan bakar
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#kabinet
#B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan