awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat kedua pengasingan peranan Peguam Negara, pendakwa raya teliti pandangan pelbagai pihak - Azalina

Bernama
Bernama
10/04/2026
05:58 MYT
Mesyuarat kedua pengasingan peranan Peguam Negara, pendakwa raya teliti pandangan pelbagai pihak - Azalina
Azalina berkata mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen berhubung perkara itu semalam, meneliti pelbagai pandangan. - Foto FB Azalina Othman Said
Usaha reformasi institusi berkaitan pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya terus diperkukuh menerusi sesi libat urus bersama pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen berhubung perkara itu semalam, meneliti pelbagai pandangan, khususnya berkaitan pelantikan, penamatan dan akauntabiliti pendakwa raya.

“Semalam, saya telah pengerusikan mesyuarat kedua JKPK mengenai pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya bagi meneruskan usaha reformasi institusi yang lebih telus dan berintegriti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata sesi libat urus akan diteruskan bagi memastikan semua pandangan diambil kira dalam usaha memperkukuh sistem keadilan negara.

“Kerajaan MADANI komited merealisasikan agenda ini kerana ia penting untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#mesyuarat
#JKPK
#Azalina
#Peguam Negara
#pendakwa raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan