awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi AS di Iran bermotifkan keuntungan ekonomi, bukan perjuangan demokrasi - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
05/03/2026
13:08 MYT
Misi AS di Iran bermotifkan keuntungan ekonomi, bukan perjuangan demokrasi - Penganalisis
Sebahagian kemusnahan di Iran akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel. - Gambar AP
Serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran yang sedang berlangsung mempunyai agenda meraih keuntungan ekonomi untuk Presiden Donald Trump dan sekutunya.
Bekas Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Datuk Dr. Ilango Karuppannan berkata, operasi yang dilancarkan itu bukan bertujuan menukar rejim Iran bagi manfaat demokrasi rakyat tempatan seperti yang diwar-warkan.
"Trump secara terus terang menyatakan bahawa objektif serangan adalah untuk memperkayakan kumpulan yang akan ambil bahagian dalam, contohnya, pembangunan semula Gaza atau dalam hal serangan ke atas Iran adalah untuk meraih manfaat daripada rejim baharu yang dijangka berpihak kepada AS.
“Kita juga jangan lupa, ini merupakan usaha kedua untuk gulingkan rejim di Iran. Kali pertama usaha itu berlaku adalah kerana faktor sumber minyak juga. Trump, penyokong dan Israel ada tujuan material untuk memperkaya diri sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Dalam pada itu, Pensyarah Pengajian Sejarah, Pusat Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS) University of London, Dr. Rowena Abdul Razak berkata, konflik yang berpanjangan berdekatan Teluk Parsi akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
“Sama ada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar akan menggunakan kelebihan ekonomi untuk menekan AS menghentikan konflik dengan Iran, belum dapat dipastikan.
“Ketika ini, mereka tidak bersetuju untuk menyerang balas Iran. Mereka biarkan AS lakukan itu bagi pihak negara-negara teluk. mereka juga tidak akan halang AS daripada mengekalkan pangkalan tenteranya di negara-negara teluk, sekurang-kurangnya buat masa ini,” ujarnya.
Sejak Sabtu, AS dan Israel meneruskan serangan udara ke atas Iran yang telah mengorbankan lebih 1,200 orang awam.
Sebagai tindak balas, Iran telah melancarkan serangan udara ke atas aset ketenteraan AS di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Qatar, Kuwait, Bahrain dan Arab Saudi
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Israel
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan