Misi GSF 2.0: Sokongan darat kritikal, penentu kejayaan flotila – SNCC

Datuk Sani Araby (Kiri) bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berada di bot pemantau untuk melihat pelayaran bermula dari pelabuhan Barcelona. - Foto Bernama
Sokongan darat melibatkan masyarakat awam amat penting bagi memastikan isu Gaza terus diangkat dan tidak dilupakan.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusrantara (SNCC), Datuk Sani Araby berkata sokongan tersebut lebih penting khususnya ketika misi Global Sumud Flotila 2.0 telah memulakan pelayarannya semalam.
“Tidak ada guna pelayar berada di perairan antarabangsa dan dapat kumpulkan lebih 100 kapal menuju ke Gaza namun gagal untuk mengembleng sokongan dari darat,” katanya ketika wawancara bersama Astro AWANI di sini semalam.
Tambahnya, sokongan global untuk mendesak beberapa isu utama yang menghambat warga Palestin di Gaza yang kini berdepan tekanan rejim Zionis Israel.
Antaranya melibatkan undang-undang hukuman gantung sampai mati terhadap tahanan Palestin di penjara Israel serta mendesak pengunduran tentera rejim daripada Semenanjung Gaza.
Beliau turut menyeru rakyat Malaysia bersatu hati untuk menyatakan sokongan serta menyebar luas maklumat mengenai desakan tersebut.
“Saya mohon rakyat Malaysia bersatu hati menyokong usaha (GSF 2.0), dunia sebenarnya perlu beri fokus dan bertindak,” katanya.
Untuk rekod, terdapat puluhan peserta dari Malaysia turut terlibat dengan misi kali ini melibatkan peserta baru dan peserta misi terdahulu.
Sani turut menyatakan penyertaan Malaysia secara holistik daripada media sehingga kepada para sukarelawan mendapat sanjungan masyarakat dunia.
“Kita sedang ke depan, dalam 100 negara kita sahaja mewakili negara berbanding negara lain,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

