awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo

Bernama
Bernama
28/04/2024
23:15 MYT
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Mohamed Khaled tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan. - Gambar Facebook Mohamed Khaled
JAKARTA: Menteri Pertahanan. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Lawatan dua hari bermula Isnin itu menyaksikan beliau dijadualkan bertemu Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, yang juga Presiden Terpilih Indonesia, pada Selasa.
Menerusi catatan di laman Facebooknya, agenda bermula dengan lawatan ke anak syarikat Pharmaniaga Bhd iaitu PT Millennium Pharmacon International Tbk diikuti pertemuan dengan diaspora Malaysia.
Mohamed Khaled dan delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang pada kira-kira 3 petang Ahad (waktu tempatan), menurut Kementerian Pertahanan Indonesia dalam satu kenyataan.
Beliau disambut Pensyarah Tetap Program Strategi Kempen Ketenteraan Fakulti Strategi Pertahanan di Universiti Pertahanan Indonesia, Mejar Jeneral Jhonny Djamaris dan Ketua Pusat Pengelolaan Kawasan Badan Peralatan Strategis Pertahanan Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral Sudaryanto.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat antara Mohamed Khaled dan Prabowo akan membincangkan beberapa isu strategik dalam sektor pertahanan.
Sebelum ini, kedua-dua pemimpin telah bertemu di Kuala Lumpur pada 4 April lepas dan sepakat untuk memperkuat kestabilan wilayah, kata kementerian itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#lawatan rasmi
#Prabowo Subianto
#Menteri Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan