awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC beri amaran tegas, henti operasi perkhidmatan pelancongan tanpa lesen

Astro AWANI
Astro AWANI
14/04/2026
09:27 MYT
MOTAC beri amaran tegas, henti operasi perkhidmatan pelancongan tanpa lesen
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi amaran tegas kepada pihak tidak berlesen supaya tidak menyediakan perkhidmatan pelancongan, termasuk pengangkutan, penginapan dan penganjuran aktiviti sama ada secara dalam talian, media sosial atau

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi amaran tegas kepada pihak tidak berlesen supaya tidak menyediakan perkhidmatan pelancongan, termasuk pengangkutan, penginapan dan penganjuran aktiviti sama ada secara dalam talian, media sosial atau fizikal.

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran tersebut susulan operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna baru-baru ini.
"Operasi bersasar ini adalah hasil aktiviti risikan selama beberapa bulan dan memberi fokus kepada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan lain-lain perundangan berkaitan.
"Antara kesalahan tersebut termasuklah beroperasi tanpa lesen yang sah, gagal mematuhi syarat lesen ditetapkan, berurus niaga dengan pihak yang tidak berlesen, menjadi proksi kepada entiti asing yang disyaki dan gagal mengisytihar atau membuat pengisytiharan palsu cukai pendapatan," menurut kenyataan itu.
MOTAC memaklumkan sebanyak 13 premis dan 11 individu telah diperiksa dengan tujuh notis pemeriksaan dikeluarkan di bawah Akta 482 termasuk dua notis kerana beroperasi tanpa lesen dan dua notis disebabkan berurus niaga dengan entiti tidak berlesen.
Menurut kenyataan itu, siasatan lanjut akan diteruskan sebelum tindakan perundangan diambil terhadap pihak terlibat dengan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan di bawah Akta 482 jika sabit kesalahan.
“MOTAC juga mengingatkan penggiat industri pelancongan berlesen supaya tidak berurus niaga dengan mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan pelancongan secara tidak sah, tidak berlesen atau menggunakan kenderaan yang bukan dilesenkan untuk tujuan pelancongan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.
MOTAC memaklumkan penguatkuasaan akan diteruskan melalui kerjasama rentas agensi, selaras prinsip tadbir urus baik Malaysia MADANI dan mengalu-alukan maklumat awam melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#amaran tegas
#pelancongan tanpa lesen
#operasi penguatkuasaan bersepadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan