awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhdalena, wanita kes amuk di Putrajaya, meloloskan diri dari HSA

Bernama
Bernama
23/10/2014
23:52 MYT
Muhdalena, wanita kes amuk di Putrajaya, meloloskan diri dari HSA
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataan di sini berkata polis giat mencari Muhdalena, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi. - Foto Fail
Muhdalena Ahmad, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas, melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.
Muhdalena, 30, yang dimasukkan ke HSA pada Ahad lepas kerana bersalin, didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataan di sini berkata polis giat mencari Muhdalena, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.
Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.
Hasnan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis di talian 07-2212999.
Topic Berkaitan
#amuk
#bersalin
#Hospital Sultanah Aminah
#lari
#Muhdalena
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan