awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin doakan Tun Dr Mahathir segera sembuh

Bernama
Bernama
18/12/2021
15:19 MYT
Muhyiddin doakan Tun Dr Mahathir segera sembuh
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis lepas, agar segera sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis lepas, agar segera sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.
"Saya ingin menyatakan di sini rasa dukacita kerana kita mendapat berita Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berada di Institut Jantung Negara.
"Kita ingin mendoakan, mudah-mudahan Yang Amat Berbahagia Tun (Dr Mahathir) akan dapat pulih dengan secepat mungkin dan kembali bersama-sama dalam sisi masyarakat kita pada hari ini," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan Kali Keempat Bersatu di sini, malam ini.
BACA: Tun Mahathir masih di IJN, jalani pemeriksaan lanjut
BACA: Tun Mahathir dimasukkan ke IJN
Menurut kenyataan IJN semalam, pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas Dr Mahathir dijangka selesai dalam masa beberapa hari lagi.
Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga mendoakan agar Dr Mahathir akan segera sembuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#bekas perdana menteri
#Institut Jantung Negara
#IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan