awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mujahid mulakan tindakan saman Pas

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2022
00:00 MYT
Mujahid mulakan tindakan saman Pas
Hantaran Facebook Mujahid pada Khamis. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa pada Khamis memulakan tindakan undang-undang terhadap Pas.
Beliau berkata, surat tuntutan fitnah itu dihantar kepada Pas melalui firma guaman Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir.
“Pihak Pejabat Agung Pas juga telah mengaku terima surat tuntutan tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Kenyataan Mujahid itu merujuk kepada tulisan 'Mantan Menteri Agama PH Sokong Eljibiti' dan ditularkan oleh akaun Facebook Pas pada 16 Oktober lalu.
Mujahid turut memberi tempoh selama 48 jam kepada Pas antaranya memadamkan tulisan yang dianggap sebagai fitnah.
Bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga menuntut agar tulisan yang mengaitkannya dengan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ditarik balik selain parti berkenaan perlu meminta maaf kepadanya.
Beliau turut menuntut Pas membayar ganti rugi atas kerosakan reputasi disebabkan oleh tulisan berkenaan.
“Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada mana-mana pimpinan Pas yang tidak serik-serik membuat tulisan-tulisan fitnah dan mengaitkan saya dengan LGBT,” tegasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mujahid Yusof
#saman
#PAS
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan