awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan ketua pembangkang demi kebaikan PN - Takiyuddin
Lelaki warga emas maut dipijak gajah
Netanyahu dakwa masih banyak perlu dilakukan di Lubnan ketika lawatan ke pasukan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir ditahan kerana didakwa menghasut

Hakim Rahman
Hakim Rahman
04/04/2016
12:06 MYT
Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir ditahan kerana didakwa menghasut
Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. - Gambar fail
Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd Ithnin, ditahan berhubung kenyataannya di sebuah laman portal baru-baru ini yang didakwa menghasut.
Shazni ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada jam 2.30 petang pada Isnin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan penahanan terbabit.
"Suspek kini ditahan di Balai Polis Jinjang dan permohonan reman akan dibuat pada 5 April 2016," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Baru-baru ini, Shazni didakwa mengeluarkan kenyataannya dengan menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi dan rusuhan jalanan.
Topic Berkaitan
#hasutan
#menghasut
#Mohmad Salleh
#PAN
#Parti Amanah Negara
#Shazni Munir Mohd Ithnin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan