awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib luah simpati kepada keluarga pelajar bunuh diri

Bernama
Bernama
27/11/2015
12:09 MYT
Najib luah simpati kepada keluarga pelajar bunuh diri
NAJIB: Sedih baca mengenai pelajar Tingkatan 5 yang bunuh diri akibat kecewa tidak dapat jawab soalan SPM. Takziah kepada ibu pelajar tersebut atas kehilangannya. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa simpati beliau kepada keluarga seorang pelajar yang membunuh diri kerana tidak dapat menjawab soalan kertas peperiksaan Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
"Sedih baca mengenai pelajar Tingkatan 5 yang bunuh diri akibat kecewa tidak dapat jawab soalan SPM. Takziah kepada ibu pelajar tersebut atas kehilangannya.
"Saya kongsi perasaan sedih keluarga mangsa. Meskipun penting, peperiksaan bukan segalanya. Perkara paling utama adalah ikatan kekeluargaan," kata Najib dalam laman Twitter beliau hari ini.
Sedih baca mengenai pljr Ting.5 yg bunuh diri akibat kecewa tdk dpt jwb soalan SPM. Takziah kpd ibu pljr tersebut atas kehilangannya (1/2)
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 27, 2015
Sy kongsi perasaan sedih keluarga mangsa. Meskipun penting, peperiksaan bukan segalanya. Perkara plg utama adalah ikatan kekeluargaan. (2/2)
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 27, 2015
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, yang juga seorang pelakon drama Cina tempatan, dipercayai membunuh diri di rumah keluarganya pada Rabu (25 Nov).
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah itu ditemui dalam keadaan tergantung di lehernya dengan menggunakan tali leher, di dalam biliknya di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#kertas peperiksaan
#Matematik Tambahan
#najib
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan