awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
Mindef jamin tidak kompromi pihak terlibat kematian anggota Tentera Darat
'Israel First atau US First?' - Iran tekankan hasil rundingan bergantung keutamaan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib ucap tahniah kepada KWSP umum dividen tinggi

Bernama
Bernama
21/02/2016
04:29 MYT
Najib ucap tahniah kepada KWSP umum dividen tinggi
Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus bagi 2015 dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM38.24 bilion. - Gambar fail
Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen tinggi bagi 2015 iaitu 6.40 peratus, walaupun berdepan cabaran ekonomi.
Perdana Menteri berkata beliau mahu KWSP meneruskan usaha untuk memberikan pulangan terbaik kepada semua pencarumnya.
"Tahniah KWSP berjaya umum dividen tinggi 6.40 peratus bagi 2015 walaupun berdepan cabaran ekonomi. Teruskan usaha beri pulangan baik kepada pencarum," katanya menerusi twit terbaharunya hari ini.
Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus bagi 2015 dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM38.24 bilion.
BACA: KWSP isytihar dividen 6.40 peratus bagi tahun 2015
BACA: Bayaran Dividen KWSP 2000 - 2015
Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi tahun berkenaan, iaitu peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion pada 2014.
Topic Berkaitan
#Najib Razak ucap tahniah kepada KWSP umum kadar dividen tinggi bagi 2015
#pencarum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan