awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazri Aziz dan delegasi di Paris dalam keadaan selamat

Bernama
Bernama
14/11/2015
06:59 MYT
Nazri Aziz dan delegasi di Paris dalam keadaan selamat
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta delegasi pelancongan yang berada di Paris untuk mesyuarat Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO). - Gambar Fail
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta delegasi pelancongan yang berada di Paris untuk mesyuarat Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) berada dalam keadaan selamat.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalannya Datuk Mas Ermieyati Samsudin kepada pemberita selepas menghadiri program Karnival Nilai-Nilai Murni dan Semarak Warisan 2015 di sini hari ini.
"Syukur Alhamdulillah saya difahamkan delegasi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang diketuai Yang Berhormat Menteri (Nazri) berada dalam keadaan selamat, kita doakan semoga menteri dan rombongan akan kembali ke Malaysia secepat mungkin dalam keadaan selamat," katanya.
Beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang telah mengorbankan lebih 100 nyawa dan sentiasa mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Paris.
FOTO: Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 153 maut
Dalam pada itu Mas Ermieyati turut menasihatkan kepada mereka yang sudah merancang percutian ke Paris sama ada yang sudah memiliki tiket penerbangan, agar mendapatkan maklumat dan pandangan terlebih dahulu daripada pihak Kementerian Luar.
Topic Berkaitan
#Jerman
#Kedutaan Malaysia
#Kementerian Luar
#Nazri Aziz
#Paris
#Perancis
#Stade de France
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan