awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara anggota Lembaga Keamanan komited salur lebih AS$5 bilion untuk Gaza – Trump

Astro AWANI
Astro AWANI
15/02/2026
22:19 MYT
Negara anggota Lembaga Keamanan komited salur lebih AS$5 bilion untuk Gaza – Trump
Trump mengumumkan bahawa negara-negara anggota Lembaga Keamanan bakal mengumumkan komitmen lebih AS$5 bilion bagi usaha pemulihan semula serta bantuan kemanusiaan di Gaza pada mesyuarat rasmi pertamanya pada Khamis ini.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa negara-negara anggota Lembaga Keamanan bakal mengumumkan komitmen lebih AS$5 bilion bagi usaha pemulihan semula serta bantuan kemanusiaan di Gaza pada mesyuarat rasmi pertamanya pada Khamis (19 Feb).
Dalam satu hantaran di Truth Social pada Ahad, Trump berkata, negara anggota turut bersetuju menghantar ribuan anggota bagi menyertai pasukan penstabilan yang diberi kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pasukan polis tempatan di wilayah Palestin itu.
Mesyuarat Khamis ini akan berlangsung di Donald J. Trump Institute of Peace, yang baru-baru ini dinamakan semula oleh Jabatan Negara AS.
Lebih 20 delegasi negara, termasuk ketua-ketua kerajaan, dijangka hadir.
Walaupun beberapa kuasa utama Asia Barat seperti Turkiye, Mesir, Arab Saudi, Qatar dan Israel serta negara membangun seperti Indonesia telah menyertai Lembaga Keamanan, kuasa besar global dan sekutu tradisional Barat dilihat lebih berhati-hati.
Yuran tetap AS$1 bilion cetus kritikan
Negara yang mahu menjadi ahli tetap perlu membayar AS$1 bilion, mencetuskan kritikan bahawa badan itu berpotensi menjadi versi “bayar untuk dapat tempat” seperti Majlis Keselamatan PBB.
Trump melancarkan Lembaga Keamanan ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos pada Januari lalu.
Beberapa negara termasuk Croatia, Perancis, Itali, New Zealand dan Norway menolak untuk menyertai inisiatif tersebut.
Penubuhan Lembaga Keamanan disokong menerusi resolusi Majlis Keselamatan PBB sebagai sebahagian daripada pelan pentadbiran Trump untuk menamatkan perang antara Israel dan Hamas di Gaza.
Kedua-dua pihak menerima pelan tersebut tahun lalu, dengan gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober, walaupun masing-masing saling menuduh melanggar perjanjian itu. - Agensi
Topic Berkaitan
#Lembaga Kemanan Gaza
#negara anggota
#bantuan kemanusiaan
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan