awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama dijangka hadir ke GES 2013 di KL

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2013
00:17 MYT
Obama dijangka hadir ke GES 2013 di KL
Presiden Amerika, Barack Obama dijangka menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES 2013) di Kuala Lumpur, 11 Oktober ini.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Irwan Serigar, lawatan pertama Obama ke Malaysia itu adalah susulan komitmennya yang menekankan kepentingan keusahawanan di negara Islam seluruh dunia.
Kementerian Kewangan akan menganjurkan sidang kemuncak dua hari itu yang bertemakan ‘Empowering and Connecting Entrepreneurs’.
Sementara itu Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat Lee McClenny berkata kedutaan sudah dihubungi White House mengenai hasrat Obama untuk datang ke Kuala Lumpur.
GES yang menghimpunkan usahawan Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Amerika Syarikat menyediakan platform penting bagi usahawan membina rangkaian , bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, serta membentuk perikatan perniagaan.
Dijangka tiga ribu peserta dari seluruh dunia terdiri daripada usahawan, ahli akademik, golongan profesional dan buat pertama kali wakil-wakil dari negara anggota ASEAN hadir pada GES 2013.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#GES 2013
#Kuala Lumpur
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan