awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Hang Tuah Jaya salur RM123,000 bantu masjid, surau dan golongan memerlukan

Bernama
Bernama
08/03/2026
14:09 MYT
Parlimen Hang Tuah Jaya salur RM123,000 bantu masjid, surau dan golongan memerlukan
Adam berkata penyaluran bantuan itu turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan masjid dan surau terus diperkasakan sebagai pusat ibadah, kebajikan, penyatuan masyarakat serta pengukuhan kehidupan Islam pada peringkat akar umbi. - Gam

Parlimen Hang Tuah Jaya menyalurkan peruntukan sebanyak RM123,000 yang memanfaatkan lebih 100 penerima termasuk pelajar, asnaf dan institusi masjid serta surau di kawasan itu sempena Ramadan tahun ini.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim berkata, ia termasuk penyerahan cek cura bernilai RM25,000 kepada Masjid Al-Ibadah, Bukit Piatu, sebagai sokongan dalam usaha masjid berkenaan melengkapkan dana bagi pembelian tanah kubur.

"Sumbangan itu membawa makna besar kerana ia menyentuh keperluan asas masyarakat, selain membantu pengurusan komuniti dan kebajikan penduduk secara berterusan.

"Sumbangan melibatkan 14 masjid dan 28 surau dengan setiap masjid menerima RM3,000, manakala setiap surau menerima RM2,000," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadan Parlimen Hang Tuah Jaya di Ayer Keroh, di sini, pada Ahad.

Adam yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, penyaluran bantuan itu turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan masjid dan surau terus diperkasakan sebagai pusat ibadah, kebajikan, penyatuan masyarakat serta pengukuhan kehidupan Islam pada peringkat akar umbi.

Beliau berkata, pada majlis itu turut disampaikan bantuan pendidikan berupa tablet kepada 50 pelajar serta sumbangan Kebajikan Kasih Ramadan kepada 50 keluarga serta 80 penerima asnaf ,dengan setiap mereka menerima RM500 dan bakul makanan.

“Sumbangan yang disampaikan hari ini juga bukan sekadar angka, tetapi amanah yang diterjemahkan dalam bentuk manfaat nyata untuk rakyat.

"Kita mahu kebajikan rakyat terus dijaga agar nikmat Ramadan ini dapat dirasai bersama, khususnya oleh mereka yang benar-benar memerlukan," katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Ramadan
#golongan memerlukan
#Parlimen Hang Tuah Jaya
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan