awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Green UK catat sejarah, menang pilihan raya kecil Parlimen buat julung kali

Bernama
Bernama
27/02/2026
10:13 MYT
Parti Green UK catat sejarah, menang pilihan raya kecil Parlimen buat julung kali
Hannah Spencer, seorang ahli majlis dan tukang paip, muncul pemenang bagi pihak Green dengan memperoleh 14,980 undi, mencatatkan majoriti sebanyak 4,402 undi. - Foto Reuters
Parti Green United Kingdom (UK) melakar sejarah apabila memenangi pilihan raya kecil (PRK) parlimen buat julung kalinya di Gorton dan Denton, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri Keir Starmer, lapor PA Media/dpa.
Kekalahan teruk bagi Parti Labour itu menyaksikan mereka sekadar menduduki tempat ketiga di belakang calon Parti Green, Zack Polanski dan Reform UK pimpinan Nigel Farage di kawasan pilihan raya Greater Manchester yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Labour. Keputusan itu dijangka meningkatkan tekanan ke atas Perdana Menteri.
Hannah Spencer, seorang ahli majlis dan tukang paip, muncul pemenang bagi pihak Green dengan memperoleh 14,980 undi, mencatatkan majoriti sebanyak 4,402 undi.
Calon Reform UK, Matt Goodwin, memperoleh 10,578 undi, manakala Angeliki Stogia daripada Labour jauh ketinggalan dengan 9,364 undi. Jumlah itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 18,555 undi yang diperoleh Labour pada Pilihan Raya Umum 2024, meskipun peratusan keluar mengundi kali ini hampir sama tinggi.
Sementara itu, calon Konservatif Charlotte Cadden sekadar menerima 706 undi, manakala Demokrat Liberal memperoleh 653 undi.
Kemenangan Parti Green ini dijangka menggugat dakwaan Labour bahawa mereka adalah satu-satunya pilihan bagi pengundi anti-Reform menjelang pilihan raya tempatan pada Mei ini, selain menambah cabaran elektoral bagi parti pemerintah itu.
Timbalan Ketua Labour, Lucy Powell sebelum ini mengakui bahawa Parti Green telah berjaya "meyakinkan pengundi bahawa mereka berada di kedudukan terbaik" untuk menyekat Reform di Gorton dan Denton.
Selain itu, keputusan Starmer untuk menghalang saingan kepimpinan berpotensi, Andy Burnham - yang juga Datuk Bandar Manchester - daripada bertanding, berkemungkinan akan kembali menjadi tumpuan dan kritikan.
Persaingan sengit itu dicetuskan berikutan peletakan jawatan bekas Ahli Parlimen Labour, Andrew Gwynne atas faktor kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Green
#United Kingdom
#pilihan raya kecil
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan