awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama dadah bernilai lebih RM73,000

Bernama
Bernama
07/03/2022
11:15 MYT
Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama dadah bernilai lebih RM73,000
Menurut Shariman, hasil saringan urin mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamin dan mereka direman sehingga 13 Mac ini bagi siasatan lanjut. - Bernama
ALOR SETAR: Pasangan kekasih antara tiga individu ditahan polis bersama rampasan dadah bernilai lebih RM73,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Huma, Ayer Hangat, Langkawi, semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata, dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 27 dan 41 tahun itu, ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada pukul 5 petang.
"Hasil pemeriksaan di dalam bilik di rumah tersebut menemukan satu beg galas mengandungi 10 paket plastik lut sinar yang berisi serbuk dan ketulan berwarna putih disyaki dadah jenis heroin seberat 4,082.41 gram (4.08 kilogram).
Turut dijumpai, satu beg plastik mengandungi 15 paket plastik lut sinar berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 775.96 gram. Jumlah keseluruhan rampasan dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM73,600," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, turut disita sebuah kereta jenis Honda City bernilai RM35,000.
Menurut Shariman hasil saringan urin mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamin dan mereka direman sehingga 13 Mac ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#polis
#heroin
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan