awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri melecur, kedai jual bahan sembahyang Cina terbakar

Bernama
Bernama
02/04/2026
15:37 MYT
Pasangan suami isteri melecur, kedai jual bahan sembahyang Cina terbakar
kebakaran di sebuah premis menjual bahan sembahyang Cina yang terbakar kira-kira 90 peratus. - Foto BERNAMA
Pasangan suami isteri melecur selepas kedai menjual bahan sembahyang Cina milik mereka dekat Central Park di sini terbakar pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.30 malam dan operasi memadam kebakaran melibatkan 21 anggota dari BBP Kuala Krai, Sungai Durian dan Pasukan Bomba Sukarela Guchil.
“Setibanya di lokasi, kami mendapati berlaku kebakaran di sebuah premis menjual bahan sembahyang Cina yang terbakar kira-kira 90 peratus.
“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk menerima rawatan lanjut kerana dipercayai melecur akibat kebakaran itu,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian di sini semalam.
Sementara itu, seorang saksi, Nur Husna Hamat, 23, berkata ketika kejadian dia bersama rakannya Mazlin Izzati Che Mat Nawi, 22, sedang bekerja di kedai runcit bersebelahan kedai milik mangsa.
“Ketika saya dan rakan sedang bekerja, tiba-tiba kami terdengar letupan yang sangat kuat sebelum mendapati api merebak keluar dari kedai sebelah,” katanya, yang terus menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kedai
#bahan sembahyang Cina
#Central Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan