awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca banjir Aceh: Sukarelawan Malaysia masih berusaha bersihkan kediaman mangsa banjir menjelang Ramadan

Seth Akmal
Seth Akmal
16/02/2026
14:49 MYT
Pasca banjir Aceh: Sukarelawan Malaysia masih berusaha bersihkan kediaman mangsa banjir menjelang Ramadan
Antara jengkaut yang digunakan oleh para sukarelawan untuk membersihkan kediaman kesan daripada banjir lumpur di Aceh pada 26 November lalu. Gambar ehsan Sukarelawan 1M.
Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan One Malaysia (V1M) sedang berusaha membersihkan kediaman mangsa banjir di Aceh menjelang bulan Ramadan.
Ahli Jawatankuasa V1M, Naimah Abdullah berkata, sejak 16 hari lalu para sukarelawan berusaha untuk membersihkan kediaman menggunakan jengkaut dan lori tipper yang disewa khas dari Banda Aceh dengan kos mencecah RM30,000 setakat ini untuk proses pembersihan.
Menurutnya, hampir 80 peratus daripada 35 buah rumah di kampung Mayang Cut di Pidie Jaya Aceh berjaya dibersihkan dan mereka bakal meneruskan operasi di kampung-kampung lain.
Selain penyediaan peralatan pembersihan, Naimah berkata, terdapat 10 wakil sukarelawan dari Malaysia dan mahasiswa dari komuniti Aceh bergerak yang hadir membantu dan menggajikan warga Aceh untuk bersama-sama melaksanakan operasi tersebut.
“Kami menggajikan orang-orang kampung kerana kami ingin memberi peluang untuk menjana ekonomi setelah terputus pendapatan akibat bencana,” katanya ketika wawancara dalam talian bersama Astro AWANI hari ini.
Malah para sukarelawan turut berjaya membina dan membaiki 12 buah telaga bagi memudahkan keperluan harian penduduk yang telah bergelut dengan kesan bencana sejak 26 November lalu.
Beliau turut berkongsi pengalaman melihat reaksi warga penduduk yang telah buntu hampir tiga bulan melihat tanah setinggi satu hingga dua meter masih memenuhi kediaman mereka.
“Masa jentera itu mula tiba dan korek di bahagian hadapan kawasan kampung mereka (penduduk) sudah rasa bersyukur sebab kita seolah-olah memberi harapan kepada mereka.
“Kami sendiri tak sangka kami dapat bantu mereka walaupun berdepan kekangan dan masa yang singkat,” katanya lagi.
Menurut Naimah, pihaknya turut melaksanakan kerjasama bersama pihak berkuasa Indonesia iaitu Tentera Negara Indonesia (TNI) dan Agensi Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).
Pada masa sama, tujuh NGO di Malaysia turut berganding bahu menyalurkan bantuan, termasuk Pelitawanis TNB Cawangan Johor Bahru, Persatuan Kebajikan Gerobok Iman Hawa, Pertubuhan Kebajikan Warga Desa Hulu Selangor, Persatuan Gerakan Amal Bersama, Perak Kini, Pertubuhan Al-Mustaan dan Cempaka Merah Asnaf Society.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke nombor akaun Maybank 562982031544 atas nama Pertubuhan V1M.
Topic Berkaitan
#Aceh
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan