awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan buku Tommy Thomas

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2022
14:01 MYT
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan buku Tommy Thomas
Kertas siasatan sebelum ini telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, namun PDRM diarahkan untuk melengkapkan beberapa maklumat berkaitan. - Gambar fail
SHAH ALAM : Pejabat Peguam Negara mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan kertas siasatan berhubung penerbitan buku My Story: Justice in the Wilderness hasil penulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, kertas siasatan sebelum ini telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, namun pihaknya diarahkan untuk melengkapkan beberapa maklumat berkaitan.
"Kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan telah diterima semula pada 25 Oktober dengan arahan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.
"PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan sepertimana arahan. Kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pada 1 Oktober Sinar Harian melaporkan, kertas siasatan berkaitan buku terbabit akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara pada 3 Oktober susulan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas dakwaan-dakwaan dalam buku itu.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Tommy berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku berkenaan.
Berdasarkan siasatan, pasukan khas itu telah mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta kecuaian profesional dan kenyataan berbaur hasutan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pejabat Peguam Negara
#Tommy Thomas
#status siasatan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan