awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam'

Bernama
Bernama
28/06/2024
08:34 MYT
Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam'
Mohd Yusri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Seorang pegawai khidmat masyarakat di sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taiping mengalami kerugian RM177,700 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian pada 12 Jun lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 72 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali mengaku wakil dari Kementerian Komunikasi pada 2.30 petang, memaklumkan akaun miliknya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram dan memintanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Beliau berkata mangsa memaklumkan kepada suspek yang dia tidak dapat hadir ke IPD Ipoh selain menafikan tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang itu sebelum taliannya disambungkan kepada 'pihak polis'.
"Mangsa diberitahu bahawa suspek kedua dapat membantu kes ini dengan syarat mangsa harus memberikan nombor kad ATM dan nombor pin untuk tujuan semakan. Mangsa kemudiannya dimaklumkan untuk menyerahkan nombor OTP serta diberitahu bahawa wang dari akaunnya akan dipindahkan dan memberi jaminan wang akan dikembalikan setelah siasatan selesai.
"Oleh kerana dalam keadaan cemas dan ketakutan, mangsa menurut apa yang dikatakan oleh suspek kedua itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Yusri berkata mangsa telah pergi ke sebuah bank di Taiping semalam, untuk membuat semakan dan mendapati wang miliknya telah berkurangan selain berlakunya lima transaksi mencurigakan ke akaun bank berbeza-beza serta penama tidak dikenali membabitkan wang berjumlah RM177,700.
"Mangsa menyedari telah ditipu apabila suspek kedua tidak lagi dapat dihubungi dan dia kemudiannya membuat laporan polis semalam," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan mengingatkan orang ramai untuk sentiasa peka dan cakna dengan trend sindiket penipuan yang semakin berleluasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai khidmat masyarakat d
#penipuan dalam talian
#Taiping
#phone scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan