awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai VAT69 Komando meninggal dunia ketika latihan menyelam di Pulau Mataking

Asyraf Malik
Asyraf Malik
22/01/2026
12:18 MYT
Pegawai VAT69 Komando meninggal dunia ketika latihan menyelam di Pulau Mataking
Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin disahkan meninggal dunia ketika menjalan latihan menyelam di Pulau Mataking, pada Khamis
SEMPORNA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang pegawai Unit VAT69 Komando telah meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pegawai berkenaan diberikan bantuan kecemasan dan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.
Namun, Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan.
“PDRM kini menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk penilaian terhadap prosedur latihan dan penggunaan peralatan.
"Selain faktor kesihatan dan keselamatan, selaras dengan peraturan dan tatacara operasi standard yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, siasatan akan dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan setiap aspek keselamatan dipatuhi serta untuk menambah baik langkah pencegahan pada masa hadapan.
Dalam pada itu, seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham.
“Semoga keluarga Allahyarham diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan rasa sedih menerusi satu hantaran di laman Facebook tentang khabar tragedi itu.
Topic Berkaitan
#Pulau Mataking
#Datuk Seri Mohd Khalid Ismail
#Pegawai VAT 69 Komando maut
#PDRM
#latihan menyelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan