awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan bernilai RM30 bilion Intel cetus fasa baharu industri cip Malaysia - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
19/03/2026
04:25 MYT
Pelaburan bernilai RM30 bilion Intel cetus fasa baharu industri cip Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata inisiatif itu bakal melangkaui kepentingan rekod pelaburan terkumpul RM49.3 bilion dijalankan syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat itu sejak lebih lima dekad lepas. - Gambar fail
Pelaburan bernilai RM30 bilion oleh Intel Corporation dalam fasiliti pembungkusan semikonduktor termaju di Malaysia dilihat sebagai pemacu utama fasa seterusnya industri cip negara, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu bakal melangkaui kepentingan rekod pelaburan terkumpul RM49.3 bilion dijalankan syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat itu sejak lebih lima dekad lepas.
“54 tahun di Malaysia. Intel dah labur RM49.3 bilion - dan terus berkembang.
“Fokus sekarang: pelaburan RM30 bilion dalam fasiliti pembungkusan semikonduktor termaju yang hampir siap dan dijangka mula beroperasi tahun ini,” tulisnya dalam hantaran di platform X hari ini.
Tengku Zafrul menegaskan keutamaan kini adalah memastikan Malaysia memanfaatkan pelaburan itu bagi mengembangkan ekosistem industri bernilai tinggi.
“Ini bukan sekadar pelaburan. Ini tentang peluang untuk rakyat kita - kerja bernilai tinggi, kemahiran masa depan, dan peranan dalam industri cip global,” katanya.
Malaysia ketika ini berdepan pilihan penting sama ada kekal sebagai pengguna teknologi atau muncul sebagai negara yang mampu mencipta teknologi sendiri, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#Intel
#pelaburan
#MIDA
#industri cip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan