awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Hollywood, Susan Sarandon dakwa kerjaya disekat kerana "bersuara" demi Gaza

Bernama
Bernama
28/02/2026
03:34 MYT
Pelakon Hollywood, Susan Sarandon dakwa kerjaya disekat kerana "bersuara" demi Gaza
Susan Sarandon berkata, beliau telah disekat daripada tugasan televisyen dan filem selepas "bersuara" mengenai situasi di Semenanjung Gaza. - Gambar Reuters
Bintang filem Amerika Syarikat (AS), Susan Sarandon berkata pada Jumaat bahawa beliau telah disekat daripada tugasan televisyen dan filem selepas "bersuara" mengenai situasi di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beliau yang pernah meraih anugerah itu menyifatkan kesan profesional yang dihadapinya selepas beliau menentang kekejaman yang berlaku di Gaza sejak Oktober 2023.
"Pada awal November, saya dipecat oleh agensi saya, kerana berarak dan bersuara mengenai Gaza untuk meminta gencatan senjata," katanya di Majlis Antarabangsa Goya 2026 Akademi Filem Sepanyol di Madrid, sambil menegaskan bahawa "ia menjadi mustahil bagi saya untuk muncul di televisyen."
Beliau berkata, akhirnya menemui peluang "di England dan di Itali."
"Saya telah bekerja di sana. Saya baru sahaja tamat penggambaran filem di Itali, dan saya terlibat dalam pementasan teater di Old Vic selama beberapa bulan."
Beliau berkata, segelintir pihak dalam industri telah diberi amaran supaya tidak mengambilnya bekerja, "tetapi saya tahu pengarah Itali yang baru sahaja mengambil saya bekerja ini; beliau diberitahu supaya tidak mengambil saya, jadi perkara itu masih berlaku baru-baru ini, namun beliau tidak mengendahkannya."
Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober lalu antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, Israel telah membunuh 618 rakyat Palestin dan mencederakan 1,663 yang lain dalam pelanggaran gencatan senjata harian yang melibatkan serangan dan tembakan.
Gencatan senjata itu menyusuli perang pembunuhan beramai-ramai yang dilancarkan oleh Israel pada 8 Okt 2023, yang berlarutan selama dua tahun dan membunuh lebih 72,000 rakyat Palestin serta mencederakan lebih 171,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain memusnahkan kira-kira 90 peratus infrastruktur awam di wilayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Susan Sarandon
#pelakon hollywood
#Gaza
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan