awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelbagai kementerian perlu bekerjasama untuk kukuhkan nilai ringgit - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
03/07/2023
12:30 MYT
Pelbagai kementerian perlu bekerjasama untuk kukuhkan nilai ringgit - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berucap semasa majlis penyerahan daging korban kepada petugas Kumpulan Sokongan 2 Kementerian Kewangan hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Usaha untuk mengukuhkan nilai mata wang ringgit turut memerlukan penglibatan kementerian lain dan tidak hanya semata-mata bergantung kepada Kementerian Kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Antara kementerian tersebut adalah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membantu terutamanya dari segi pelaburan dan pelancongan, katanya kepada pemberita selepas mengagihkan daging korban kepada warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
"Contohnya MITI supaya pelaburan segera masuk ke negara kita dan eksport diperbanyakkan.
"Usaha menarik pelancong datang ke negara kita juga boleh membantu mengukuhkan ringgit... apa yang (boleh) dilakukan MOTAC dapat memudahkan kemasukan pelancong ke negara kita," katanya ketika ditanya langkah segera untuk membendung kelemahan ringgit.
Ahmad berkata berdasarkan taklimat yang diberikan kepadanya, antara faktor kelemahan ringgit adalah kerana permintaan terhadap ringgit kurang.
"Jadi apa yang perlu dilakukan ialah supaya ringgit digunakan oleh pelbagai pihak sama ada pelabur atau pelancong untuk mengatasi kelemahan nilai ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong
#kelemahan ringgit
#pelabur
#MOTAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan