awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluru berpandu, dron Iran dilancarkan ke negara Teluk di tengah-tengah ketegangan memuncak

Bernama
Bernama
25/03/2026
12:49 MYT
Peluru berpandu, dron Iran dilancarkan ke negara Teluk di tengah-tengah ketegangan memuncak
Peluru berpandu dan dron dilancarkan ke  Arab Saudi, Kuwait, dan Bahrain pada Rabu ketika Iran meneruskan serangan balas terhadap serangan berterusan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas negara itu. - Foto REUTERS/Mussa Qawasma
Peluru berpandu dan dron dilancarkan ke Arab Saudi, Kuwait, dan Bahrain pada Rabu ketika Iran meneruskan serangan balas terhadap serangan berterusan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kementerian Pertahanan Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata pasukan pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan satu peluru berpandu balistik serta 31 dron di Wilayah Timur.
Menurut pihak Pertahanan Awam, serpihan daripada peluru berpandu yang dipintas itu jatuh ke atas dua buah rumah, termasuk sebuah yang sedang dalam pembinaan, menyebabkan kerosakan harta benda yang terhad. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Di Kuwait, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam berkata dron menyasarkan tangki bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait, sehingga mencetuskan kebakaran di lokasi berkenaan. Laporan awal menunjukkan serangan itu hanya mengakibatkan kerosakan material.
Pengawal Negara Kuwait memaklumkan pihaknya telah menembak jatuh sebuah dron dan lima pesawat tanpa pemandu (UAV) di kawasan bawah perlindungannya.
Sementara itu di Bahrain, Kementerian Dalam Negeri berkata siren amaran telah dibunyikan tanpa memberikan butiran lanjut. Pihak berkuasa menggesa penduduk supaya bertenang dan berpindah ke lokasi selamat yang berhampiran.
Ketegangan serantau terus memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Tehran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS. Serangan itu mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan infrastruktur, selain mengganggu pasaran global serta sektor penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#negara teluk
#peluru berpandu Iran
#Serangan AS-Israel
# konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan