awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran Iran boleh dilumpuhkan dalam satu malam jika ingkar perjanjian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Uber direman empat hari bantu siasatan kes cabul, rusuh

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2017
06:46 MYT
Pemandu Uber direman empat hari bantu siasatan kes cabul, rusuh
Perintah tahanan reman selama empat hari itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Ahmad Tajuddin Zain di Mahkamah Majistret George Town. - Foto Astro AWANI
Polis hari ini mereman empat lelaki termasuk seorang pemandu Uber bagi membantu siasatan kes cabul dan rusuh seorang wanita Vietnam.
Perintah tahanan reman selama empat hari itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Ahmad Tajuddin Zain di Mahkamah Majistret George Town.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pemandu Uber berusia 29 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes mencabul seorang wanita Vietnam Selasa lalu.
Manakala suami wanita Vietnam yang berusia 37 thaun,serta dua rakannya turut ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa memukul pemandu Uber berkenaan sehingga mengalami kecederaan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 148 Kanun keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
Pada Rabu, seorang pemandu Uber cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri akibat dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa cuba mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.56 petang itu, pemandu berkenaan didakwa bertindak membuka seluar dan menarik tangan mangsa ketika membawa mangsa dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road dekat George Town.
Topic Berkaitan
#cabul
#rusuh
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan