awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu rumah meninggal dunia ketika disoal siasat di balai polis

Bernama
Bernama
19/08/2013
13:15 MYT
Pembantu rumah meninggal dunia ketika disoal siasat di balai polis
Seorang pembantu rumah warga Indonesia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika sedang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini berhubung kes kecurian duit ibu majikannya.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang semasa seorang polis wanita dalam proses mengambil keterangannya berhubung kes curi itu.
"Semasa diambil percakapan oleh seorang anggota polis wanita, pembantu rumah yang duduk di kerusi tiba-tiba rebah dan jatuh dari kerusinya," katanya dan menurutnya seorang doktor dari Klinik Kampung Raja di sini kemudiannya mengesahkan pembantu rumah itu telah meninggal dunia.
Katanya pembantu rumah itu menjaga ibu majikannya yang lumpuh sejak Mei lepas di kawasan perumahan kos rendah di Seberang Jerteh di sini.
Beliau berkata difahamkan pembantu rumah berumur 42 tahun itu mempunyai suami di Johor dan ada penyakit jantung dan darah tinggi.
Katanya majikan pembantu rumah itu yang merupakan seorang guru telah membawa pembantu rumah itu ke Balai Polis Jerteh selepas disyaki mencuri duit ibunya yang didakwa hilang berjumlah RM5,000 dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kampung Raja untuk soal siasat.
Beliau berkata jenazah wanita itu dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan yang dihubungi berkata polis sedang menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian pembantu rumah itu.
Topic Berkaitan
#maut
#pembantu rumah
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan