awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembatasan sosial di Jakarta dilanjutkan sehingga 22 Mei

Bernama
Bernama
22/04/2020
13:26 MYT
Pembatasan sosial di Jakarta dilanjutkan sehingga 22 Mei
Antara peraturan PSBB ialah penunggang motosikal tidak dibenarkan membawa pembonceng, pengangkutan awam dan persendirian dibataskan jumlah penumpang tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti jumlah penumpang kenderaan itu. Foto: Reuters
Pelaksanaan perintah pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di Kota Jakarta, bagi membendung penularan COVID-19, dilanjutkan sehingga 22 Mei ini.
PSBB di kota Jakarta bermula 15 Mac lepas menerusi penguatkuasaan beberapa peraturan secara berperingkat-peringkat sebelum diperketatkan lagi aktiviti penduduk pada 10 April lepas, yang antaranya mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung ketika berada di luar rumah.
Gabenor Jakarta, Anies Baswedan pada sidang media yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan malam ini, meminta warga kota Jakarta mematuhi PSBB bagi bersama-sama memutuskan rantaian penularan virus berkenaan.
Setakat hari ini, provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi di seluruh Indonesia iaitu 301 kematian, dan 3,383 kes positif.
Antara peraturan PSBB ialah penunggang motosikal tidak dibenarkan membawa pembonceng, pengangkutan awam dan persendirian dibataskan jumlah penumpang tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti jumlah penumpang kenderaan itu.
Sekolah, pusat hiburan, pusat pelancongan dan rumah ibadat ditutup sejak 15 Mac lepas, manakala pekerja sektor kritikal sahaja dibenarkan ke pejabat.
Semalam, Presiden Indonesia, Joko Widodo turut mengumumkan larangan bermudik atau balik kampung untuk menyambut Aidilfitri 1441 hijrah. Larangan bermudik itu berkuatkuasa 24 April ini.
Mereka yang melanggar perintah PSBB atau bermudik, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum satu tahun penjara dan denda maksimum Rp100 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anies Baswedan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#jangkitan
#kesihatan
#perintah pembatasan sosial berskala besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan