awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan dan kemusnahan di Gaza yang terburuk pernah dilihat: Ketua PBB

Bernama
Bernama
10/09/2024
22:20 MYT
Pembunuhan dan kemusnahan di Gaza yang terburuk pernah dilihat:  Ketua PBB
Penempatan sementara bagi penduduk yang hilang tempat tinggal rosak susulan serangan Israel, di tengah-tengah konflik Israel-Hamas, di Al-Mawasi, Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, 10 Sept 2024. - REUTERS
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata pembunuhan dan kemusnahan di Semenanjung Gaza adalah yang terburuk yang pernah dilihatnya sepanjang tempoh beliau memegang jawatan bermula 2017.
Beliau menambah dalam satu temu bual media bahawa PBB menawarkan untuk memantau sebarang kemungkinan gencatan senjata di Gaza, sambil mengingatkan tentang kehadiran "Pertubuhan Pengawasan Gencatan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" di Timur Tengah (UNTSO), lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Beliau berkata penerimaan Israel terhadap tawaran itu adalah "kemungkinan lemah", dan menggambarkan penglibatan PBB dalam sebarang peranan masa depan di Gaza sebagai "tidak realistik".
Setiausaha Agung PBB menekankan keperluan dan kepentingan gencatan senjata segera di Gaza.
Beliau menegaskan, "Saya tidak pernah menyaksikan tahap kematian dan kemusnahan seperti yang telah kita saksikan di Gaza dalam beberapa bulan kebelakangan ini."
Beliau menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah "satu-satunya cara" untuk menamatkan konflik Israel-Palestin dan "tiada alternatif lain" untuk itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Gaza
#Antonio Guterres
#konflik Israel-Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan