awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik kedai aksesori kereta buat laporan palsu konon dipecah masuk

Bernama
Bernama
29/01/2023
20:20 MYT
Pemilik kedai aksesori kereta buat laporan palsu konon dipecah masuk
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan terhadap lelaki itu dan dia akan dipanggil ke mahkamah untuk pertuduhan dalam masa terdekat. - Gambar hiasan/PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik kedai aksesori kereta dikesan membuat laporan palsu dengan mendakwa kedainya di Dataran Mentari, Petaling Jaya, di sini dipecah masuk sehingga menyebabkan kerugian RM600,000.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 39 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada 1.09 tengah hari Jumaat lepas.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiada kejadian pecah kedai seperti dilaporkan dan lelaki itu mengaku membuat laporan tersebut bagi tujuan tuntutan insurans.
"Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklumat palsu terhadap lelaki itu dan dia akan dipanggil ke mahkamah untuk pertuduhan dalam masa terdekat
"Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sehingga mengelirukan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilik kedai aksesori kereta
#laporan palsu
#kedai dipecah masuk
#Polis Daerah Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan