awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau

Bernama
Bernama
20/03/2026
07:53 MYT
Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau
Di sebalik ketegangan yang berterusan, pengunjung memenuhi pasar itu untuk membeli pakaian, kacang kering, hadiah dan barangan perhiasan yang lazim dikaitkan dengan sambutan berkenaan. - Foto Reuters
Penduduk Tehran membanjiri Bazar Tajrish di bahagian utara bandar raya itu untuk berbelanja bagi membuat persiapan menjelang sambutan Nowruz dan Hari Raya Aidilfitri, sekali gus menyebabkan kesesakan di satu daripada pasar paling sibuk di ibu negara Iran itu pada Khamis (19 Mac), lapor Anadolu Ajansi.
Persiapan bagi kedua-dua perayaan itu diteruskan apabila Nowruz, yang menandakan Tahun Baharu Parsi dan ketibaan musim bunga mengikut kalendar "Solar Hijri" yang bertembung dengan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Di sebalik ketegangan yang berterusan, pengunjung memenuhi pasar itu untuk membeli pakaian, kacang kering, hadiah dan barangan perhiasan yang lazim dikaitkan dengan sambutan berkenaan.
Ramai penduduk turut dilihat membeli barangan untuk meja simbolik “Haft Sin” dan melambangkan kepentingan spiritual serta budaya Nowruz.
Ikan emas, yang dianggap sebahagian daripada hiasan tradisional Haft Sin, dijual secara meluas di pasar itu, dengan ramai orang menganggapnya sebagai simbol tuah.
Umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan solat sunat, jamuan dan perhimpunan sosial sebagai tanda berakhirnya Ramadan.
Ia disambut secara meluas di pelbagai negara, khususnya di Asia Tengah, Asia Barat dan sebahagian wilayah Caucasus.
Ketegangan serantau semakin memuncak sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#Tehran
#Hari Raya Aidilfitri
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan