awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hafizh Syahrin gamit kecemerlangan musim baru buat JDT Racing Team
Siti Nurhaliza terbabit kemalangan, alami cedera ringan
Pengharaman dua buku dibuat berdasarkan penilaian, keselamatan awam - KDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengakap didik anak muda jadi insan berintegriti

Bernama
Bernama
12/04/2026
10:20 MYT
Pengakap didik anak muda jadi insan berintegriti
Ahmad Sabri berkata, kepimpinan sebenar haruslah melalui teladan dan pemimpin pengakap perlu menjadi contoh bagi memastikan nilai-nilai disiplin dan integriti diterapkan kepada ahli muda. - Gambar hiasan
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) mendidik anak muda menjadi insan benar, amanah, berprinsip dan berakhlak, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Ahmad Sabri Saad.
Beliau berkata dalam pengakap integriti bukan pilihan tetapi kewajipan, dan pemimpin perlu terlebih dahulu memperlihatkan nilai itu dalam tindakan, keputusan dan budaya kerja mereka.
“Kepimpinan sebenar haruslah melalui teladan, pemimpin pengakap perlu menjadi contoh hidup bagi memastikan nilai-nilai disiplin dan integriti itu diterapkan kepada ahli muda,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan PPM Sabah di sini semalam.
Beliau berkata PPM Sabah yang memiliki barisan pemimpin berwibawa mampu melahirkan lebih banyak pengakap, sekali gus memimpin masyarakat dengan masa depan berkualiti.
“PPM Sabah mempunyai kedudukan penting dalam landskap kepengakapan negara kerana memiliki kekuatan semangat akar umbi serta penglibatan komuniti yang kukuh,” katanya.
Ahmad Sabri berkata PPM Sabah pada Ahad melaksanakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan yang mengangkat elemen integriti dan kepimpinan melalui teladan sebagai mesej utama dalam memperkukuh gerakan kepengakapan di negeri berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata PPM Sabah mempunyai 18,947 ahli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengakap
#integriti
#budaya kerja
#Ahmad Sabri Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan