awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa kerana tumbuk ibu mandi berbogel

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
07/11/2019
08:08 MYT
Penganggur didakwa kerana tumbuk ibu mandi berbogel
Tertuduh yang berusia 42 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama. - Gambar Astro AWANI
Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana menumbuk ibunya yang mandi berbogel.
Tertuduh yang berusia 42 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh memarahi ibunya seorang warga emas berusia 68 tahun kerana mandi tanpa seurat benang.
Tertuduh bertindak menumbuk belakang badan ibunya sehingga meninggalkan kesan lebam serta mengenggam tangan kiri ibunya dengan kuat.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Menerong, Ajil, Hulu Terengganu sekitar puku 10 malam pada 1 November lalu.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 4 Disember ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#ajil
#Kampung Menerong
#mandi bogel
#tumbuk hingga lebam
#tumbuk ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan