awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah terima surat layang ugut bunuh, mahu pengetua sekolah ditukar

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
01/02/2018
10:40 MYT
Pengarah terima surat layang ugut bunuh, mahu pengetua sekolah ditukar
Mohd Ali (gambar) mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. - Gambar fail
Seorang Pengarah Pelajaran Negeri Perak di sini menerima surat layang berbaur ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali yang mahu seorang pengetua sekolah di negeri ini ditukarkan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan tersebut dan berkata mangsa menerima sepucuk surat menerusi pos di pejabatnya kira-kira 9 pagi hari Khamis, 25 Januari lepas.
“Terdapat laporan yang diterima berkenaan kes ini dan polis masih menjalankan siasatan,” katanya.
Difahamkan, surat layang berbaur ugutan berkenaan diterima oleh Pengarah Pejabat Pelajaran Negeri Perak, Mat Lazim Idris, 60 ketika beliau berada di pejabatnya.
Surat yang dikirim melalui pos itu juga difahamkan diterima tanpa sebarang maklumat pengirim dan mengerahkan agar pengetua sebuah sekolah ditukarkan.
Difahamkan, surat tersebut juga menggesa tindakan segera daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Perak sebelum Tahun Baru Cina untuk mengelakkan daripada dirinya diapa-apakan oleh pengirim surat itu.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Ipoh
#polis
#sekolah
#siasatan
#surat layang
#Taiping
#ugut bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan