awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IGB Berhad terima kelulusan Kementerian Ekonomi bagi pengambilalihan dua lot tanah bernilai RM215 juta di Johor
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel Sandakan
Thailand arah penjawat awam bekerja dari rumah bagi kurangkan penggunaan tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasingan kuasa AG dan PP: Model di England dicadang dipertimbang

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/12/2022
07:24 MYT
Pengasingan kuasa AG dan PP: Model di England dicadang dipertimbang
Model pengasingan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) yang dilaksanakan negara lain seperti England boleh dipertimbang untuk dilaksanakan di Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Model pengasingan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) yang dilaksanakan negara lain seperti England boleh dipertimbang untuk dilaksanakan di Malaysia, ujar bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham.
Beliau yang juga Pengajar Khas, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM berkata, model seumpama itu akan memastikan seorang Peguam Negara tidak boleh campur tangan kuasa dalam tugas pendakwa raya, namun, masih boleh membuat pemantauan.
"Di England misalnya, kita ada AG dan PP dipanggil DPP di situ, tugas mereka berasingan. AG adalah ahli Parlimen, manakala DPP adalah golongan profesional.
"Jadi, AG tidak campur tangan dalam kerja-kerja DPP tetapi AG masih ada kuasa memantau DPP sebab AG sebagai ahli Parlimen perlu menjawab di Parlimen bagi pihak DPP. Ini adalah model yang boleh ditiru. Dalam negara kita, apa yang dipersoal, kenapa AG dan PP adalah sama sebab di Kabinet sudah ada menteri undang-undang.
"Jadi kalau dipisahkan (pengasingan kuasa), maka itulah isu dia, siapa yang nak supervise? Dari segi menjalankan tugas, AG kena menjawab kepada siapa, buat masa sekarang kepada Perdana Menteri," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Dalam pada itu, katanya, situasi semasa termasuk isu pertukaran kerajaan menjadi antara penyebab utama kepada keperluan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
"Isu ini timbul sebab mungkin keadaan semasa. Dulu mungkin sebab life is simpler. Namun kebelakangan ini, berlaku isu seperti pertukaran kerajaan, maka AG pun bertukar.
"Jadi ini ada yang melihat tidak sepatutnya begitu. Sepatutnya sebagai AG, dia kekal serve the government. Politik kerajaan itu (perlu) tanpa mengira parti mana menguasai dan AG serve the government. Namun, apa yang berlaku, apabila bertukar kerjaan, AG juga bertukar," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Rosli Mohd Sham
#Peguam Negara
#pendakwa raya
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan