awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran kereta di AS, Eropah bakal terhenti susulan sekatan unsur nadir bumi China

Amanz
Amanz
06/06/2025
05:15 MYT
Pengeluaran kereta di AS, Eropah bakal terhenti susulan sekatan unsur nadir bumi China
Tindakan ini memberi kesan besar kepada industri automotif di AS dan Eropah, menyebabkan pengeluaran kenderaan dan komponen dihentikan atau dijangka terhenti dalam masa terdekat. -Amanz
CHINA mengetatkan eksport magnet unsur nadir bumi dan unsur nadi bumi di peringkat global sejak April lalu sebagai membalas tarif tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Ringkasan AI
  • China mengetatkan eksport magnet dan unsur nadir bumi sejak April sebagai tindak balas terhadap tarif tinggi AS, dengan hanya 25% permohonan lesen eksport diluluskan setakat ini.
  • Tindakan ini memberi kesan besar kepada industri automotif di AS dan Eropah, menyebabkan pengeluaran kenderaan dan komponen dihentikan atau dijangka terhenti dalam masa terdekat.
  • Industri robotik dan bateri kenderaan elektrik turut terjejas, dan CLEPA menggesa rundingan segera antara AS dan China bagi mengelakkan keruntuhan industri automotif global.

Eksport kedua-dua bahan ini dihadkan kerana ia mempunyai kegunaan sekunder bagi tujuan ketenteraan.
Tetapi yang paling teruk terkesan pada waktu ini ialah industri automotif di Amerika Syarikat dan Eropah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Pembekal Automotif Eropah (CLEPA), pengeluaran kenderaan dan komponen di Eropah sudah pun mula dihentikan di Eropah.
Pengeluaran kenderaan di Amerika Syarikat pula dijangka terhenti dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
China memerlukan lesen khas sebelum magnet unsur nadir bumi dan unsur nadir bumi boleh dieksport.
Tetapi China hanya meluluskan 25% permohonan lesen eksport setakat ini sehingga mewujudkan isu di rantaian bekalan.
Selain industri automotif, industri robotik dan pengeluaran bateri kenderaan elektrik juga turut terkesan.
China menggunakan dominasi 90% pengeluaran unsur nadi bumi bagi memberikan tekanan ke atas AS.
CLEPA sudah pun menggesa Amerika dan China melakukan rundingan segera sebelum industri automotif AS dan Eropah lumpuh sepenuhnya dalam masa terdekat. -Amanz
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#eksport magnet dan unsur nadir bumi
#China
#tarif tinggi AS
#rantaian bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan