awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga dalam talian rugi lebih RM70,000 jadi mangsa pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
15/01/2024
07:51 MYT
Peniaga dalam talian rugi lebih RM70,000 jadi mangsa pelaburan tidak wujud
Mangsa yang berusia 38 tahun mendakwa menerima pesanan WhatsApp itu pada 10 Jan lepas, kononnya melibatkan pelaburan berkaitan bitcoin. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang peniaga dalam talian mendakwa kerugian RM70,822 selepas menyertai pelaburan tidak wujud yang diketahuinya menerusi aplikasi WhatsApp, minggu lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 38 tahun mendakwa menerima pesanan WhatsApp itu pada 10 Jan lepas, kononnya melibatkan pelaburan berkaitan bitcoin.
"Mangsa mendakwa tertarik dengan tawaran itu kerana menawarkan pulangan lumayan menyebabkan dia mengeluarkan wang simpanan dan menghubungi suspek, yang mengarahkannya membuat 25 transaksi pemindahan wang dalam talian ke tujuh akaun bagi tujuan itu," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima sebarang pulangan menyebabkan dia membuat laporan di balai polis di Cameron Highlands semalam.
Beliau menasihatkan orang ramai berwaspada dan tidak terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat selain menyemak nombor akaun dan nombor telefon di https://semakmule.rmp. gov.my sebelum membuat transaksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga dalam talian
#pelaburan tidak wujud
#Bitcoin
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan