awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga mahu siasatan, pemeriksaan menyeluruh di lokasi insiden tanah jerlus

Bernama
Bernama
28/08/2024
15:45 MYT
Peniaga mahu siasatan, pemeriksaan menyeluruh di lokasi insiden tanah jerlus
Pekerja kedai emas Sarini Shamima Bahurdeen berkata orang ramai takut untuk ke kawasan itu lebih-lebih lagi selepas berlaku insiden mendapan tanah. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Para peniaga di Jalan Masjid India berharap agar pihak berkuasa akan melakukan siasatan serta pemeriksaan menyeluruh mengenai keadaan tanah di kawasan itu bagi memastikan ia benar-benar selamat untuk peniaga dan pelanggan.
Ini berikutan insiden mendapan tanah yang dikesan berlaku berdekatan pondok polis di Jalan Masjid India hari ini.
Pekerja kedai emas Sarini Shamima Bahurdeen, 47, berkata orang ramai takut untuk ke kawasan itu lebih-lebih lagi selepas berlaku insiden mendapan tanah.
"Keluarga saya pun tidak mahu ke sini... Saya memang sangat berharap siasatan mengenai tanah di kawasan ini dilakukan dengan teliti kerana ia melibatkan nyawa dan harta benda peniaga serta penduduk di sini," katanya kepada pemberita hari ini.
Dia juga berkata hasil jualan di kawasan tumpuan pelancong dan pekerja asing untuk membeli cenderamata serta keperluan itu merosot sekali gus menjejaskan pendapatan mereka sejak insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas.
Peniaga permainan kanak-kanak yang hanya ingin dikenali sebagai Nathen, 35, pula berharap tindakan dapat diambil oleh kerajaan supaya insiden tanah jerlus tidak berulang yang akan menyebabkan orang ramai bimbang untuk berkunjung ke kawasan itu.
"Biasanya orang ramai akan berhenti bersama anak-anak mereka apabila nampak kedai ini namun sejak jalan ditutup kepada kenderaan dan dikawal, tidak ramai pelanggan masuk ke kawasan ini," katanya.
Insiden tanah jerlus itu menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa memasuki hari keenam hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kedai emas
#tanah jerlus
#Masjid India
#harta benda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan