awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal tercampak ke longkang dalam nahas di Pandan Jaya

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2022
23:40 MYT
Penunggang motosikal tercampak ke longkang dalam nahas di Pandan Jaya
Pasukan menyelamat membawa naik mangsa menggunakan pengusung. -Foto Sinar Harian
CHERAS: Seorang penunggang motosikal tercampak ke longkang sedalam tiga meter selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta pada Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.22 pagi melibatkan kemalangan motosikal jenis Yamaha R6 dengan Toyota Vios yang berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Jaya di sini.
Menurutnya, anggota bertugas bertindak melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sebelum membawa naik lelaki berkenaan menggunakan pengusung.
"Mangsa berusia 33 tahun itu mengadu sakit di bahagian pinggul sebelum pasukan menyelamat memakaikan Kendrick Extrication Device (KED) ke atasnya.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, operasi menyelamat melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah itu selesai pada jam 9.30 pagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#tercampak ke longkang
#Norazam Khamis
#Kendrick Extrication Device
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan