awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelarasan sementara BUDI95 langkah awal lindungi rakyat, kekal stabilkan negara - Adam

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2026
06:05 MYT
Penyelarasan sementara BUDI95 langkah awal lindungi rakyat, kekal stabilkan negara - Adam
Pengarah Komunikasi PKR Adam Adli berkata penyelarasan sementara kuota daripada 300 liter kepada 200 liter itu bersifat sementara dan dibuat berasaskan data sebenar penggunaan. - Gambar fail/Bernama

Penyelarasan sementara Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) perlu dilihat dalam kerangka lebih besar sebagai langkah awal kerajaan untuk menjaga kestabilan negara, menjamin bekalan serta melindungi rakyat daripada kesan lebih parah sekiranya krisis di Asia Barat berpanjangan.

Pengarah Komunikasi PKR Adam Adli berkata penyelarasan sementara kuota daripada 300 liter kepada 200 liter itu bersifat sementara dan dibuat berasaskan data sebenar penggunaan, yang menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.

“Setelah diperhalus, kerajaan memilih pendekatan yang lebih teliti dan berhemat dengan menyesuaikan had penggunaan tanpa menaikkan harga BUDI95 yang kekal pada kadar RM1.99 seliter.

“Langkah ini membuktikan kerajaan berusaha mengawal tekanan semasa tanpa terus memindahkan beban kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata konflik yang semakin meruncing di Asia Barat memberikan tekanan langsung terhadap bekalan minyak, gas dan makanan serta kos sara hidup global, namun kerajaan juga tetap mengambil kira keperluan kumpulan tertentu apabila pemandu e-hailing dan pekerja gig masih menikmati had penggunaan hingga 800 liter.

Selain itu, katanya, Sabah dan Sarawak juga terus menerima manfaat diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter dengan kawalan lebih ketat bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan.

“Subsidi ini hak rakyat, bukan ruang untuk penyeludup merompak kekayaan negara, sebab itu penguatkuasaan perlu diperkasakan dan rakyat mesti terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam membendung ketirisan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan sementara kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula pada 1 April susulan konflik di Asia Barat.

Bagaimanapun, untuk meringankan beban rakyat, Perdana Menteri berkata inisiatif BUDI95 dikekalkan pada harga RM1.99 seliter.
Dalam pada itu, Adam berkata Malaysia akan terus memainkan peranan secara adil, tegas dan berprinsip dalam isu Asia Barat, dengan Perdana Menteri mengadakan perbincangan bersama-sama pemimpin serantau bagi mencari jalan perdamaian serta melindungi kepentingan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adam Adli
#BUDI95
#penyelarasan
#kestabilan
#pengguna
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan