awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbuatan seksual bawa kecederaan kepada isteri kesalahan jenayah - Nancy

Bernama
Bernama
11/06/2015
14:03 MYT
Perbuatan seksual bawa kecederaan kepada isteri kesalahan jenayah - Nancy
NANCY: Perbuatan seksual suami terhadap isteri sehingga menyebabkan kecederaan merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar f
Perbuatan seksual suami terhadap isteri sehingga menyebabkan kecederaan merupakan satu kesalahan jenayah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Jelasnya undang-undang di Malaysia sememangnya memberi perlindungan kepada isteri di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan.
"Seksyen ini memperuntukkan mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan yang sah menyebabkan kecederaan atau ketakutan, kematian atau kecederaan kepada isterinya (atau mana-mana orang lain) untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya hendaklah diseksa dengan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun jika disabitkan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nancy berkata demikian bagi menjelaskan jawapan bertulisnya pada Selasa lepas kepada soalan Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat, sama ada kerajaan berniat meminda Kanun Keseksaan bagi mengiktiraf kesalahan rogol suami terhadap isteri.
Katanya, laporan beberapa portal berita yang tidak menulis dengan jelas jawapan beliau telah menyebabkan kekeliruan seolah-olah undang-undang di Malaysia tidak melindungi isteri yang didera secara seksual oleh suami dalam perkahwinan yang sah.
Laporan portal berita itu memetik kenyataan Nancy yang mendakwa persetubuhan oleh seorang suami terhadap isteri dalam ikatan perkahwinan yang sah tidak boleh dianggap sebagai rogol dan kerajaan tidak bercadang untuk meminda Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol suami terhadap isteri atau 'marital rape'.
Topic Berkaitan
#Kanun Keseksaan
#Nancy Shukri
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan