awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percepatkan fasa ketiga vaksinasi untuk capai imunisasi kelompok lebih awal - Pakar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/04/2021
07:22 MYT
Percepatkan fasa ketiga vaksinasi untuk capai imunisasi kelompok lebih awal - Pakar
Fasa ketiga melibatkan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, dan kelompok itu dikenalpasti paling aktif dan mobil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang sepatutnya bermula awal Mei, perlu dipercepatkan bagi mebolehkan negara ini mencapai kadar imunisasi kelompok dengan lebih cepat.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, fasa itu melibatkan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, dan kelompok ini dikenal pasti paling aktif dan mobil.
Jelas beliau lagi, ia berbeza dengan mereka yang tergolong dalam Fasa Kedua, iaitu warga emas yang berisiko tinggi.
“Mungkin fasa kedua kalau dipercepatkan, saya cadangkan fasa ketiga perlu dipercepatkan supaya fasa ketiga ini meliputi mereka berusia 18 tahun ke atas, diberikan vaksin secepat mungkin kerana mereka ini yang amat memerlukan.
“Golongan tua mungkin berasakan mereka tidak perlu begitu mobil dan tidak perlu vaksin walaupun kita tahu ini merupakan langkah yang tidak wajar. Tetapi saya rasa lebih cepat kita mencapai tahap imunisasi tinggi, apabila kita buka peluang vaksinasi ini kepada semua mereka yang berusia 18 tahun ke atas, kerana mereka inilah golongan yang mobil,” katanya lagi.
COVID-19 | Kadar pendaftaran vaksin masih rendah
Pada Februari lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin secara berperingkat di bawah tiga fasa. Namun, Perdana Menteri semalam berkata, jumlah rakyat yang telah mendaftar untuk vaksinasi masih rendah, iaitu sekitar 7.6 juta penduduk.
Susulan perkembangan itu, beliau menyeru pihak berkaitan mempercepatkan program penerangan bagi meningkatkan pendaftaran vaksinasi.
Mengulas lanjut, Syed Mohamed Aljunid berkata, kerajaan disaran untuk menyediakan dana kepada sukarelawan dan badan-badan bukan kerajaan untuk meningkatkan lagi program penerangan, terutamanya kepada masyarakat di luar bandar.
“Berikan bantuan kepada NGO untuk jumpa akar umbi secara bersemuka, terangkan maklumat betul mengenai vaksin.
“Kadang-kadang ahli masyarakat nak tanya soalan tertentu dan ini memerlukan ia ditanya secara berdepan. Pendekatan lebih personal dan terperinci mungkin diperlukan bagi membolehkan kelompok itu menerima maklumat yang benar,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Dr Syed Mohamed Aljunid
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#vaksin
#perubatan
#warga emas
#kerajaan
#Malaysia
#menteri
#NGO
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan