awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri luang masa lawat pusat peningkatan kemahiran dan latihan semula

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/01/2021
08:50 MYT
Perdana Menteri luang masa lawat pusat peningkatan kemahiran dan latihan semula
Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa hampir satu jam melawat Pusat Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula atau 'reskilling and upskilling' di SG Academy, hari ini - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri hari ini hadir melawat Pusat Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula atau 'reskilling and upskilling' di SG Academy, di sini.
Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa hampir satu jam bersama pelajar dan mereka yang kehilangan pekerjaan.
Turut mengiringi Perdana Menteri adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Ketua Pegawai Eksekutif SG Education Group (SGEG), Datuk Seri Ganes.
Antara bidang kemahiran yang dilawati Perdana Menteri termasuk seni kulinari; makmal pemprosesan data dron; serta simulasi dron.
Setakat ini, SGEG yang bekerjasama dengan pemain industri seperti Asia Drone telah berjaya melatih lebih 70 peserta di bawah inisiatif Penjana Kerjaya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Sementara, di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), seramai 80 peserta telah dilatih dan kesemua mereka berjaya mendapat pekerjaan.
Antara program yang disediakan meliputi Program Khas Reskilling Kategori Pemberhentian Kerja termasuk latihan dron, kejuruteraan, serta khidmat pelanggan.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PENJANA
#upskilling
#reskilling
#COVID-19
#latihan semula
#kehilangan pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan