awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perkhidmatan Kesihatan tidak terkesan akibat pemotongan bajet' - Subramaniam

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
15/10/2016
09:47 MYT
'Perkhidmatan Kesihatan tidak terkesan akibat pemotongan bajet' - Subramaniam
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (kanan) ketika merasmikan "My Next Gen" pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC 2016. - Foto Bernama
Kementerian Kesihatan akan memastikan pemotongan bajet antara RM253 juta sehingga RM300 juta sebelum ini tidak menjejaskan proses perkhidmatan kepada rakyat.
Menterinya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, isu itu sudah dijelaskan sebelum ini selain mengakui ia biasa berlaku pada penghujung tahun.
"Tetapi apa yang berlaku biasa di penghujung tahun, walaupun tiada pemotongan bajet, kadang-kadang ini berlaku kerana hospital sudah habis bajet yang diberikan.
"Dalam perkara itu, biasanya kita meminta bajet tambahan atau membuat perkara-perkara di mana kita menyediakan kemudahan dan selepas itu bayaran dibuat pada tahun hadapan," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di sini hari ini.
Subramaniam mengulas rungutan pelbagai pihak yang mendakwa hospital kerajaan tidak mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mencukupi di bawah Bajet 2016.
Dalam Bajet 2016, hanya RM23.031 bilion diperuntukkan untuk Kementerian Kesihatan, iaitu pengurangan RM269 juta berbanding peruntukan pada 2015.
Dalam pada itu katanya, pertambahan pelanggan dari hospital swasta ke hospital kerajaan turut menyumbang kepada peningkatan kos kementeriannya.
Bagaimanapun, Subramaniam meminta orang ramai supaya tidak risau atau ragu-ragu terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di hospital kerajaan.
Topic Berkaitan
#Hospital
#perkhidmatan kesihatan
#Presiden MIC
#S. Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan