awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan kerakyatan kanak-kanak 'tidak bernegara' lahir di Malaysia dibenarkan mahkamah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/10/2021
09:13 MYT
Permohonan kerakyatan kanak-kanak 'tidak bernegara' lahir di Malaysia dibenarkan mahkamah
Peguam bela (dari kanan) Datuk Nicholas Kow, Ong Yu Shin dan Oii Keng Liang yang mewakili seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun itu. - Foto BERNAMA
IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh pada Isnin membenarkan permohonan kerakyatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilahirkan seorang wanita warga China di negara ini, dan sebelum ini memegang status 'tidak bernegara.'
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah yang dibangkitkan peguam Ong Yu Shin, Datuk Nicholas Kow dan Ooi Keng Liang, yang mewakili kanak-kanak itu.
Dalam penghakiman 51 muka surat, hakim berkata, kanak-kanak itu memenuhi syarat kelayakan sebagai warganegara kerana memenuhi Seksyen 1 (a) dan 1 (e) Perlembagaan Persekutuan iaitu bapanya seorang warganegara Malaysia dan dia dilahirkan di Malaysia di samping tidak dilahirkan sebagai warganegara negara lain.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraan kanak-kanak sebagai warganegara Malaysia.
Peguam Ong Yu Shin ketika ditemui berkata, hakim memutuskan isu sama ada taraf perkahwinan ibu bapa semasa kanak-kanak itu dilahirkan sah atau tidak adalah tidak relevan dengan kes.
Ini kerana kanak-kanak berkenaan dilahirkan di Ipoh pada 24 Jun 2016 dan tiada pasport luar negara atau kerakyatan lain.
Menurut fakta kes, hasil laporan DNA turut mendapati kanak-kanak itu merupakan anak kandung kepada Ong Chin Hock, 38 tahun, yang merupakan rakyat Malaysia manakala ibunya berusia 39 tahun merupakan warganegara China.
Bapa kanak-kanak itu mendaftarkan perkahwinan dengan isterinya di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya pada 5 September 2016, kira-kira tiga bulan selepas kanak-kanak itu dilahirkan.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Kerakyatan
#Kanak-kanak
#tidak bernegara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan